Taburan dan tabiat Walrus

Walrus Pasifik mempunyai taburan lebih banyak daripada walrus Atlantik. Kebanyakan walrus Pasifik kelihatan pada musim panas di kawasna utara Selat Bering di Laut Chukchi sepanjang lautan Artik ke pesisiran utara Siberia Barat berhampiran Pulau Wrangel, di Laut Beaufort sepanjang pesisiran utara Alaska ke Pulau Unimak[5] serta di perairan antara kedua-dua kawasan ini. Walrus Atlantik pula bertaburan di kawasna pesisiran utara Kanada ke Greenland, Svalbard, serta kawasan barat Rusia Artik.

Haiwan ini cenderung hidup di kawasan berpentas benua serta mencari makanan di dasar laut, tuertamanya dari dasar ais laut.[6]

Pemakanan

Ia mampu makan pelbagai jenis haiwan sehingga sebanyak 60 jenis termasuk udang, ketam, batu karang lembut, timun laut, moluska sehingga juga anggota hidupan pinniped lain.[7] Walau bagaimanapun, haiwan ini paling menggemari moluska bivalva seperti kepah yang muncul di dasar laut.[8]

Paus pembunuh dan beruang kutub sahaja yang merupakan haiwan pemangsa kepada walrus.[9]

Rujukan

WikiPedia: Walrus http://www.biomedcentral.com/1472-6785/3/9/ http://iberianature.com/britainnature/miscellaneou... http://public.oed.com/history-of-the-oed/newslette... http://dictionary.reference.com/browse/walrus http://www.walrus-world.com/walrus-predators.html http://www.science.smith.edu/departments/Biology/V... http://cetus.ucsd.edu/voicesinthesea_org/species/p... http://alaska.fws.gov/fisheries/mmm/mtrp/pdf/facts... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC270045 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14572316